Monday, March 20, 2006


Liga Futsal GEMS
oleh Faisal

10 Mac 2006, Subang Jaya - Pertandingan Liga Futsal Anjuran Projek GEMS, TM telah berlangsung di Sports Planet Subang Jaya disini. Sebanyak 5 pasukan yang terdiri daripada kakitangan TM dan vendor bagi projek GEMS telah menyertai liga yang buat pertama kalinya diadakan disini. Pada pusingan liga yang pertama ini, pasukan BEDAL FC telah menduduki tangga teratas liga dan liga akan bersambung pada 24 Mac ini bagi menentukan siapakah juara keseluruhan bagi Liga Futsal GEMS ini.

Pasukan GEMS juga telah turut menyertai Liga Futsal TM Peringkat Ibupejabat anjuran Kelab Sukan TM Ibupejabat pada keesokan hari iaitu pada 11 Mac 2006 yang juga telah diadakan ditempat yang sama. Pasukan GEMS telah dibentuk dan sebahagian pemain adalah terdiri daripada pemain dari pasukan BEDAL FC dan telah menduduki tempat ketiga didalam kumpulan.