Saturday, February 18, 2006



Serdang, 18 Feb - Hari Keluarga TM Peringkat Ibu Pejabat 2006 telah diadakan di Tapak Ekspo Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia. Hari keluarga ini telah dirasmikan oleh YBhg. Pengerusi Kumpulan TM, Tan Sri Dato Ir. Md Radzi Mansor dan disusuli dengan acara Senamrobik.

Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato Abdul Wahid Omar, Presiden Kelab TM Ibu Pejabat, En Ismail Nordin serta pengurusan kanan TM serta warga TM Peringkat Ibupejabat serta anggota dari anak-anak syarikat TM iaitu Celcom, TMNet dan lain-lain lagi.

Majlis ini juga turut diserikan dengan dengan persembahan artis jemputan serta artis TM sendiri. Samsul Ghau Ghau dan Ali Mamak telah diambil menjadi pengacara majlis dan telah menambahkan lagi majlis menjadi meriah.

Beberapa acara sukaneka serta memancing telah diadakan bagi melengkapkan hari keluarga ini.

http://apai71.blogspot.com

Gambar sekitar Hari Keluarga TM Peringkat Ibu Pejabat


Acara Senamrobik dipentas utama.


Penulis turut sama menyertai senamrobik.


Artis AF1 memulakan persembahan dipentas utama.


AJK pertandingan memancing telah bersedia bagi mengendalikan acara.


Diantara hadiah-hadiah yang disediakan untuk pemenang pertandingan memancing.


Diantara hadiah-hadiah utama yang disediakan bagi cabutan bertuah.


Belon utama Hari Keluarga TM peringkat IbuPejabat diudara.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home