Friday, February 10, 2006






Bantahan terhadap penyiaran karikatur Nabi Muhammad s.a.w - Mahasiswa Islam UM
Oleh Faisal

KUALA LUMPUR, 10 Feb - "Jangan pijak Islam, " desak 300 mahasiswa Islam yang berkumpul di hadapan Masjid Al Rahman sebentar tadi bagi menyatakan bantahan terhadap penyiaran karikatur Nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar tempatan dan antarabangsa baru-baru ini.

Meskipun setelah sekian lama Masjid Al Rahman sunyi dari laungan takbir dan pekikan mahasiswa berpiket, hari ini mahasiswa mula menggegar gelanggan Ar Rahman dengan laungan takbir mendesak seluruh umat Islam bersatu mengutuk pihak yang menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Menurut jurucakap mahasiswa, Mohd Nazree Yunos, perhimpunan hari ini adalah tanda solidariti mahasiswa terhadap seluruh umat islam hari ini yang berpiket di merata negara membantah kebiadapan akhbar Denmark dan beberapa akhbar lain yang menyiarkan semula karikatur itu.

"Kami tidak mahu bukan Islam pijak agama kami. Ini soal sensitiviti umat Islam, kami tidak akan tuntuk dan redha dengan penghinaan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w," katanya ketika berucap di hadapan peserta perhimpunan.

Gambar-gambar sekitar perhimpunan di Masjid UM tengahari tadi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home