Tuesday, January 29, 2008

Proud to be an OUM student

Time can be very elusive and slippery, beyond the grasp of our human mind. I am grateful to OUM for giving me the opportunity to pursue my dream become reality. Four years had passed since I made my much considered decision to further my studies in Open University of Malaysia.

Thank you Open University of Malaysia for giving opportunities to working adults like me, the chance to realise that they still have hope to pursue their dreams.

Thank you to all my tutors and friends for making my long, four-year classes meaningful and memorable. Four years of fortnightly Sunday classes seemed as dreadful routines at first but later it turned out to be alright.

Thank you OUM

Monday, December 10, 2007

PWTC, 8 Disember 2007
Majlis Konvokesyen dan Pemasyhuran Canselor OUM telahpun berlangsung pada 8 Disember 2007 yang lalu. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Merdeka, PWTC.



Monday, March 20, 2006


Liga Futsal GEMS
oleh Faisal

10 Mac 2006, Subang Jaya - Pertandingan Liga Futsal Anjuran Projek GEMS, TM telah berlangsung di Sports Planet Subang Jaya disini. Sebanyak 5 pasukan yang terdiri daripada kakitangan TM dan vendor bagi projek GEMS telah menyertai liga yang buat pertama kalinya diadakan disini. Pada pusingan liga yang pertama ini, pasukan BEDAL FC telah menduduki tangga teratas liga dan liga akan bersambung pada 24 Mac ini bagi menentukan siapakah juara keseluruhan bagi Liga Futsal GEMS ini.

Pasukan GEMS juga telah turut menyertai Liga Futsal TM Peringkat Ibupejabat anjuran Kelab Sukan TM Ibupejabat pada keesokan hari iaitu pada 11 Mac 2006 yang juga telah diadakan ditempat yang sama. Pasukan GEMS telah dibentuk dan sebahagian pemain adalah terdiri daripada pemain dari pasukan BEDAL FC dan telah menduduki tempat ketiga didalam kumpulan.

Saturday, February 18, 2006



Serdang, 18 Feb - Hari Keluarga TM Peringkat Ibu Pejabat 2006 telah diadakan di Tapak Ekspo Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia. Hari keluarga ini telah dirasmikan oleh YBhg. Pengerusi Kumpulan TM, Tan Sri Dato Ir. Md Radzi Mansor dan disusuli dengan acara Senamrobik.

Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato Abdul Wahid Omar, Presiden Kelab TM Ibu Pejabat, En Ismail Nordin serta pengurusan kanan TM serta warga TM Peringkat Ibupejabat serta anggota dari anak-anak syarikat TM iaitu Celcom, TMNet dan lain-lain lagi.

Majlis ini juga turut diserikan dengan dengan persembahan artis jemputan serta artis TM sendiri. Samsul Ghau Ghau dan Ali Mamak telah diambil menjadi pengacara majlis dan telah menambahkan lagi majlis menjadi meriah.

Beberapa acara sukaneka serta memancing telah diadakan bagi melengkapkan hari keluarga ini.

http://apai71.blogspot.com

Gambar sekitar Hari Keluarga TM Peringkat Ibu Pejabat


Acara Senamrobik dipentas utama.


Penulis turut sama menyertai senamrobik.


Artis AF1 memulakan persembahan dipentas utama.


AJK pertandingan memancing telah bersedia bagi mengendalikan acara.


Diantara hadiah-hadiah yang disediakan untuk pemenang pertandingan memancing.


Diantara hadiah-hadiah utama yang disediakan bagi cabutan bertuah.


Belon utama Hari Keluarga TM peringkat IbuPejabat diudara.

Friday, February 10, 2006






Bantahan terhadap penyiaran karikatur Nabi Muhammad s.a.w - Mahasiswa Islam UM
Oleh Faisal

KUALA LUMPUR, 10 Feb - "Jangan pijak Islam, " desak 300 mahasiswa Islam yang berkumpul di hadapan Masjid Al Rahman sebentar tadi bagi menyatakan bantahan terhadap penyiaran karikatur Nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar tempatan dan antarabangsa baru-baru ini.

Meskipun setelah sekian lama Masjid Al Rahman sunyi dari laungan takbir dan pekikan mahasiswa berpiket, hari ini mahasiswa mula menggegar gelanggan Ar Rahman dengan laungan takbir mendesak seluruh umat Islam bersatu mengutuk pihak yang menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Menurut jurucakap mahasiswa, Mohd Nazree Yunos, perhimpunan hari ini adalah tanda solidariti mahasiswa terhadap seluruh umat islam hari ini yang berpiket di merata negara membantah kebiadapan akhbar Denmark dan beberapa akhbar lain yang menyiarkan semula karikatur itu.

"Kami tidak mahu bukan Islam pijak agama kami. Ini soal sensitiviti umat Islam, kami tidak akan tuntuk dan redha dengan penghinaan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w," katanya ketika berucap di hadapan peserta perhimpunan.

Gambar-gambar sekitar perhimpunan di Masjid UM tengahari tadi.

Wednesday, February 08, 2006

07-02-2006 Le Tour De Langkawi - Menara to Genting


Le Tour De Langkawi
Oleh Faisal

Kuala Lumpur, 7-02-2006 : Permulaan perlumbaan hari ini bermula dari Menara Telekom Malaysia di Jalan Pantai Baharu menuju ke Genting Higland yang telah disempurnakan oleh YB Dato Seri Shahrizat Jalil, Ahli Parlimen Lembah Pantai. Turut menyertai penyempurnaan pelepasan para peserta LTDL pada hari ini adalah YBerbahagia Pengerusi TM, GCEO Kumpulan TM serta kakitangan-kakitangan TM.